skbp.zoom-a.com

SEKOLAH KEBANGSAAN BERIS PANCHOR
16320 BACHOK, KELANTAN.
 Tel : 09 7767461, Faks : 09 7766160
e-mel : skbpanchor@yahoo.com
skkbpnco@streamyx.com / skbp@zoom-a.com
JOM MASUK KELAS
. 

Laman SKBP
Aluan GB
Maklumat Guru
Falsafah
Visi & Misi
Piagam
Panorama
Lagu Sekolah
Logo Sekolah
Sejarah Sekolah
Hari Jadi Cikgu
UPSR
Isu Hangat
Info ICT
5A 2007
Kalendar 2008
Kelepasan Am
KoKurikulum
Jumlah Murid
Pengurusan Sek.
Kurikulum
Hal Ehwal Murid
AJK Panitia
Lawatan KSU
Asrama Kami
Bilik Akses
Pemulihan
I P T A
Berita 2008
Berita 2007
Berita 2006
Jenaka
Lokasi Kami
Tema Hari Guru
Buku Pelawat

.

BERITA SEMASA ... PERISTIWA TERKINIASSALAMUALAIKUM BUAT PARA PENGUNJUNG WEBSITE KAMI

PENGUMUMAN

SECARA RASMINYA LAMAN SEKOLAH KAMI TELAH BERTUKAR KE http://skbp1958.blogspot.com/  mulai 20 November 2008. Bagaimanapun bahan-bahan dilaman ini masih dikekalkan di web ini. Blog baru hanya peristiwa atau berita yang diambil dari 12 November 2008.

Manakala bahan-bahan sokongan untuk laman baru sebahagiannya masih dalam pembikinan. Segala kesulitan amat dikesali.

                                                                                                  Yang benar..

                                                                                     Penyelaras Bestari

SETIAP KALI ANDA MELAYARI WEB INI, AKAN KEDENGARAN GANGGUAN SUARA (AUDIO) INI DISEBABKAN BANYAK MEDIA PLAYER DIRANTAIKAN BERSAMA WEB INI. ANDA DINASIHATKAN MEMATIKAN AUDIO YANG TIDAK BERKENAAN DAN MEMASANG YANG INGIN ANDA DENGARI SAHAJA. HARAP MAKLUM.

ANDA BOLEH MULA MENONTON EDU WEB TV DENGAN HANYA MENEKAN BUTANG YANG DISEDIAKAN DI BAWAH

IBU BAPA DAN PARA PELAWAT BOLEH BERTANYA ATAU MENINGGALKAN PESANAN DI RUANG SEMBANG SKBP DI BAWAH LAMAN WEB INI.

KURSUS LDP KALI KE 3 AKAN DIADAKAN PADA 30 OGOS 2008. BERMULA 8.30 PAGI. TAJUK KURSUS: PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

KURSUS LDP KALI KE 4 YANG DIJADUALKAN PADA 13 SEPTEMBER DITUNDA PADA 18 OKTOBER 2008. HARAP MAKLUM.

Murid-murid yang telah membayar pendaftaran untuk ZOOM-A boleh berhubung terus dengan Cikgu Ropi untuk mendapatkan LOGIN ID dan PASSWORD.

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KALI KE 51 (2008)

Pada 28 Ogos 2008, Warga SKBP telah mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan. Antara aktivit yang telah di adakan ialah bacaan perutusan hari Kemerdekaan, Nyanyian lagu-lagu patriotik dan perarakan. Peutusan tersebut telah dibaca oleh Cikgu Saffri (PK Ko) dan Cikgu Hajah Rohani (PK Pentadbiran. Semua pelajar mengambil bahagian kecuali murid-murid PRA Sekolah.

sila ke BLOG BERGAMBAR SKBP untuk melihat gambar berikutnya:

KURSUS LDP KALI KE 3

Latihan Dalam Perkhidmatan Kali ke 3 di adakan pada 30 Ogos 2008. Dalam kursus kali ini para guru didedahkan dengan kaedah penggunaan internet dalam pengajaran. Antara intipati kursus kali ini ialah penggunaan Zoom-A, citcat.com, ELC English, Spoken English. Al Quran In Word dan teknik penyuntingan bahan dari internet dengan menggunakan Easy Capture. Guru-guru juga didedahkan dengan cara muat turun bahan dan 'upload' bahan kelaman web masing-masing untuk bahan pengajaran dan pembelajaran. Kursus disampaikan oleh Cikgu Muhamad Ropi.

KEMENTERIAN PELAJARAN

Menteri Pelajaran

Y.B. Dato' Seri
Hishammuddin
Tun Hussein

Timbalan Menteri Pelajaran

Y.B. Dr. Wee Ka Siong

Y.B. Datuk Razali Ismail

EN.HAMZAH B.HASSAN (GURU BESAR)

TN HJ. MUSTAFA B MOHAMAD

(PENYELIA PETANG)

PN. HJH ROHANI BT ABDULLAH (PK PENTADBIRAN)

TN HJ. ABDUL AZIZ B AWANG(PK HEM)

EN SAFFRI B YAACOB (PK KoKURIKULUIM)

INFO GAJI 2008

JAN
FEB
MAC
24
25
25
APR
MEI
JUN
24
22
25
JULAI
OGOS
SEPT
24
25
25
OKT
NOV
DIS
20
25
18

*Tertakluk kepada perubahan

August 2008
SuMTuWThFSa
12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31

PERTANDINGAN KALAM JAMAIN

28 Ogos 2008: Sekolah Kebangsaan Beris Panchor telah menghantar pasukan Kalam Jamain dalam satu pertandingan bagi mewakili PPD Bachok. Dalam Pertandingan yang berlangsung di Pasir Mas itu,SKBP telah mendapat tempat ketiga.

PERCUBAAN UPSR

Seramai 14 orang murid telah mendapat 5A dalan ujian percubaan UPSR baru-baru ini. Sebagai memberi peransang kepada murid-murid tersebut, pihak sekolah telah memberi sedikit sumbangan kepada mereka. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Yang Berusaha Encik Sulaiman wakil dari PPD Bachok.

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KALI KEDUA

Pada 23 Ogos 2008 LDP kali kedua telah diadakan dengan jayanya. Dalam kursus kali ini, para guru telah didedahkan dengan penggunaan word dan excel. Ceramah telah disampaikan oleh Saudara Khaziman b Othman dan Saudara Aminuddin b. Mohamad.

sila ke BLOG BERGAMBAR SKBP untuk melihat gambar berikutnya:

LINK PILIHAN

ICT JPN

KELEBIHAN DAN CARA MENCAPAI KESEMPURNAAN PUASA

Kelebihan Bulan Ramadhan.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.

Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterang an yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah.” Surah Al-Baqarah : 185.

Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.

Kelebihan Puasa di Bulan Ramadhan.

Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan didalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sambda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

“Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.”

Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

Menuju Kesempurnaan Ibadah Puasa

Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa itu, antara lain seperti berikut:

  • Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah s.w.t.
  • Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria’.
  • Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah s.w.t. telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud: “Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram.”
    (Surah Al-Maidah:42)
  • Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram.
  • Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal. 

Syarat-syarat wajib puasa ada empat perkara:
  • Islam - orang-orang kafir tidak wajib berpuasa.
  • Sampai umur - kanak-kanak yang belum cukup umur tidak wajib berpuasa.
  • Berakal (siuman)-orang yang gila tidak wajib berpuasa.
  • Berkuasa (berdaya) berpuasa - orang yang sakit merbahaya, orang tua yang lemah dan sebagainya tidak wajib berpuasa.
  • Bermukim - orang yang dalam pelayaran (musafir) lebih daripada dua marhalah tidak diwajibkan berpuasa, tetapi wajib mengqada’nya di hari yang lain.

  • Islam - tidak sah puasa orang-orang kafir dan orang murtad.
  • Berakal atau mumaiyiz - tidak sah puasa orang yang hilang akal atau belum mumaiyiz.
  • Suci daripada haidh dan nifas sepanjang siang hari puasa.
  • Berniat tiap-tiap malam.
  • Menahan diri dari segala yang membatalkan puasa.
  • Pada hari yang sah puasa - tidak sah puasa pada hari yang diharamkan berpuasa. 
Perkara-perkara yang disunatkan bagi orang-orang yang berpuasa adalah:
  • Menyegerakan berbuka puasa manakala telah yakin masuk matahari.
  • Berbuka puasa dengan buah tamar atau benda-benda manis, dan jika tidak didapati dengan air.
  • Membaca do’a yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.
  • Makan sahur
  • Menta’khirkan (melambatkan) makan sahur, tetapi janganlah sampai masa yang disyak naik fajar.
  • Mandi kerana mengangkat hadath besar sebelum fajar.
  • Membanyakkan bersedekah dan ibadah seperti membaca Al-Quran, sembahyang sunat seperti Tarawih dan Witir.
  • I’tikaf.
Puasa akan batal dengan salah satu daripada perkara-perkara di bawah ini :
  • Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.
  • Memasukkan sesuatu ke dalam dubur (jalan belakang) atau qubul (jalan depan) dengan sengaja.
  • Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa).
  • Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak mengeluarkan mani.
  • Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk cium dan sebagainya.
  • Kedatangan haid atau nifas.
  • Gila sekalipun hanya sekejap masa.
  • Mabuk atau pengsan sepanjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
  • Bersalin.
  • Murtad-iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati, perkataan atau perbuatan
  • Menelan air liur yang bersih dan dimaafkan orang yang gusinya selalu berdarah.
  • Bersuntik.
  • Termasuk debu atau tepung yang halus ke dalam rongga.
  • Termasuk lalat atau nyamuk dan seumpamanya ke dalam rongga.
  • Termasuk air berkumur-kumur atau air yang dihisap ke hidung dengan tidak bersangatan.
  • Termasuk air mandi wajib atau mandi sunat, tetapi batal puasa jika mandi bersejuk-sejuk dan bersukaria.
 
  • Menggosok gigi selepas gelincir matahari.
  • Merasa makanan-takut sampai ke rongga.
  • Memamah sesuatu-kerana membanyakkan air liur dan ditakuti akan tertelan.
  • Mencium atau mengkucup isteri.
  • Banyak berkumur-kumur.
  • Mengeluarkan darah seperti berbekam dan lain-lain.
 
Beberapa adab-adab yang baik bagi menambah kesempurnaan dan pahala puasa adalah:
  • Jangan banyak berludah.
  • Jangan membuang masa dengan berbual-bual kosong dan melakukan perkara tidak berfaedah.
  • Menghindar diri daripada melihat perkara-perkara yang haram.
  • Menjauhkan diri dari sebarang pendengaran yang haram.
  • Jangan mengeluarkan perkataan-perkataan yang mencarut dan kotor.
  • Menguasai tangan dari melakukan perbuatan haram dan menahan kaki dari berjalan ke tempat-tempat maksiat.
  • Jangan berlebih-lebihan makan dan minum ketika berbuka.
  • Jangan boros dalam perbelanjaan makan minum dan sebagainya.
  • Jangan banyak tidur, terutamanya pada siang hari. 
  • Kedatangan haid dan nifas.
  • Sakit yang membahayakan.
  • Sakit yang tiada harapan sembuh.
  • Tersangat lapar atau dahaga yang membahayakan.
  • Dalam perjalanan (safar) sejauh dua marhalah atau lebih.
  • Tua yang tidak berdaya untuk berpuasa.
  • Kandungan dalam perut bagi perempuan.
  • Menyusukan anak kecil.
 Hukum-hukum meninggalkan puasa terbahagi kepada empat :
1. Wajib qadha’
  • Kedatangan haid dan nifas. 
  • Sakit yang membahayakan. 
  • Tersangat lapar dan dahaga. 
  • Dalam perjalanan. 
  • Pitam. 
  • Mabuk. 
  • Mengandung dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan diri masing-masing. 
  • Menyusukan anak dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan diri masing-masing. 
2. Wajib qadha’ dan wajib membayar fidyah.
  • Orang yang mengandung dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan anak masing-masing. 
  • Orang yang menyusukan anak dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan anak masing-masing. 
3. Tidak wajib qadha’.
  • Kafir (tidak beragama Islam) 
  • Kanak-kanak. 
  • Gila 
4. Tidak wajib qadha’ tetapi wajib membayar fidyah.
  • Sakit yang tidak ada harapan sembuhnya. 
  • Tua yang tidak kuasa (daya) berpuasa 
Beberapa Catitan Penting :
1. Lewat qadha’ puasa:
  • Jika lewat qadha’ puasa hingga datang bulan ramadhan yang lain, wajib membayar fidyah secupak pada tiap-tiap hari puasa, dan jika lewat dua tahun, melewati dua kali ramadhan, wajib berfidyah sebanyak dua cupak dan begitulah seterusnya di samping wajib mengqadha’ puasa itu. 
2. Orang yang mati sebelum qadha’ puasa:
  • Orang yang luput puasa ramadhan kerana sakit atau musafir dan ia mati sebelum mengqadha’nya, tidak wajib diikut dengan qadha’ atau fidyah dan tidak berdosa. 
  • Jika seseorang itu mati sebelum mengqadha’ puasanya dengan ketiadaan uzur, maka walinya hendaklah mengqadha’kannya atau mengeluarkan fidyah secupak pada tiap-tiap hari puasanya. 
  • Fidyah puasa : Mengeluarkan secupak bahan makanan asasi ( di negara kita - beras) untuk tiap-tiap hari puasa yang ditinggalkan, kepada fakir miskin.
Orang-orang yang berikut dibawah ini adalah diwajibkan imsak, yakni menahan diri daripada makan minum waktu siang hari pada bulan ramadhan, sekalipun mereka itu dikira tidak mengerjakan puasa:
  • Orang yang meninggalkan puasanya dengan sengaja.
  • Orang yang meninggalkan berniat puasa pada waktu malamnya.
  • Orang yang kesiangan pada makan sahurnya.
  • Orang yang berbuka kerana menyangkakan masuk matahari rupa-rupanya masih siang.
  • Orang yang menyangkakan 30 Sya’ban, kemudian ia mengetahui telah masuk satu ramadhan.
  • Orang yang berlebih-lebihan pada berkumur-kumur dan masuk air ke dalam hidungnya. 
Orang-orang yang tidak wajib imsak:
  • Kanak-kanak yang hampir baligh.
  • Orang gila ketika sembuh.
  • Orang kafir pada ketika masuk Islam.
  • Orang yang dalam perjalanan (musafir) ketika sampai ke tempat yang dituju.
  • Orang yang sakit pada ketika sembuh. 
Puasa mempunyai hikmat-hikmat dan faedah-faedah yang banyak, antaranya :
  • Menandakan kesyukuran kepada Allah kerana nikmat-nikmat yang banyak kepada hamba-hambanya.
  • Melatih jiwa supaya mempunyai rasa kasih dan belas terhadap orang-orang yang susah menderita.
  • Melatih jiwa supaya bersih daripada sifat tamak, sombong, hasad dan dengki.
  • Melatih diri supaya bersifat sabar dan tahan menempuh ujian-ujian dalam perjuangan hidup.
  • Menanam semangat perpaduan kerana sama-sama menunaikan kewajipan yang sama itu dapat menimbulkan semangat perpaduan.
  • Menanam semangat sama rata dan menjauhkan sifat beza membeza di antara kaya miskin, hina mulia, raja dan rakyat kerana sama-sama menjunjung perintah Allah.
  • Melatih diri supaya mempunyai peraturan-peraturan dan menghargakan masa, kerana puasa mempunyai batas-batas waktu yang tertentu.
  • Membersihkan anggota-anggota di dalam tubuh dari daki-daki dan lemak-lemak makanan yang bekerja sepanjang tahun.
  • Memberi kerehatan kepada alat-alat di dalam tubuh, terutamanya alat pengisar makanan yang bekerja sepanjang tahun.
  • Memberi peluang untuk memperbanyakkan amal ibadat, kerana bulan ramadhan mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada bulan-bulan lain seperti Lailatul Qadar dan sembahyang tarawih. 
 
Puasa tu mempunyai 3 darjah (tingkatan):

1.

Puasa ‘Umum’
  • Puasa kebanyakan orang hanya dengan menahan diri daripada makan, minum dan keinginan syahwatnya.

2.

Puasa ‘Al-Khusus’
  • Berpuasa dengan cara menahan diri dari makan, minum, memelihara syahwat keinginannya, serta mengawal anggota-anggota yang zahir seperti mata, telinga, lidah, tangan, kaki dan bahagian sulit daripada melakukan maksiat.

3.

Puasa ‘Khususul Khusus’
  • Berpuasa dengan cara memelihara segala perkara yang tersebut di atas tadi, sambil menjaga hatinya daripada berfikir mengenai hal ehwal dunia dan sifat-sifat riak, ‘ujub, takabbur dan lain-lainnya.

Hukum melakukan persetubuhan pada siang bulan ramadhan:

1.

Persetubuhan itu akan membatalkan puasa jika dilakukan dengan sengaja (dalam keadaan sedar) sekali pun tidak keluar mani.

2.

Menyebabkan wajib membayar kifarat (denda) selain mengqadha’ puasa bagi orang yang melakukan persetubuhan (pihak lelaki sahaja) jika sekiranya:
  • Persetubuhan dilakukan pada siang hari.
  • Persetubuhan dilakukan dengan sengaja (tidak kerana lupa atau dipaksa)
  • Puasa yang dilakukan pada bulan ramadhan (bukan kerana nazar, kifarat, puasa qadha’ ramadhan dan lain-lainnya) .
  • Tidak didahului oleh pembatalan puasa dengan makan dan minum dan seumpamanya.

Kifarat kerana bersetubuh:

1.

Banyak kifarat disediakan bagi banyak hari - bukan banyak kali persetubuhan dilakukan. Ertinya, jika seseorang itu bersetubuh beberapa kali dalam sehari, maka diwajibkan hanya satu kifarat sahaja, dan jika bersetubuh dua hari, diwajibkan dua kifarat dan demikianlah seterusnya.

2.

Satu kifarat atau denda bagi orang yang melakukan persetubuhan ketika berpuasa pada bulan ramadhan ialah:
  • Memerdekakan seorang hamba yang mukmin, jika tidak kuasa;
  • Wajib berpuasa dua bulan berturur-turut, jika tiada kuasa;
  • Wajib memberi sedekan 60 cupak makanan asasi kepada 60 orang miskin secupak seorang.

Syarat-syarat sah puasa ada enam perkara:

Puasa tidak akan terbatal dengan salah satu daripada perkara-perkara di bawah ini :
  • Menelan air liur yang bersih dan dimaafkan orang yang gusinya selalu berdarah.
  • Bersuntik.
  • Termasuk debu atau tepung yang halus ke dalam rongga.
  • Termasuk lalat atau nyamuk dan seumpamanya ke dalam rongga.
  • Termasuk air berkumur-kumur atau air yang dihisap ke hidung dengan tidak bersangatan.
  • Termasuk air mandi wajib atau mandi sunat, tetapi batal puasa jika mandi bersejuk-sejuk dan bersukaria.
 
Perkara-pekara yang makruh dilakukan oleh orang yang berpuasa adalah:

__._,_.___

***INFO RAMADHAN INI DIPETIK DARIPADA KIRIMAN EMAIL GROUP IT KELANTAN

ENGIN CARIAN

LINK BANK

SELAMAT HARI LAHIR

20.09.1972

02.09.1971

08.09.1981

16.09.1967

22.09.1965

KEM KECEMERLANGAN UPSR 2008

Kem yang bertempat di SK Beris Panchor selaku tuan rumah ini bermula pada 31 Julai hingga 3 Ogos 2008. Kem Kecemerlangan ini dianjurkan oleh Zon Pendidikan 1 PPD Bachok bersama Majlis Guru Besar Bachok. Lapan buah sekolah yang terlibat, antaranya ialah SK Pauh Sembilan (30 orang murid), SK Tawang (26 orang murid), SK Beris Panchor (28 orang murid), SK Beris Kubor Besar (15 orang murid), SK Pengkalan Chengal (11 orang murid), SK Tanjung Jenera (10 orang murid), SK Pantai Senak (22 orang murid) dan SK Pak Pura (20 orang Murid).

Majlis Perasmian Penutup dijangka akan disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan pada 03 Ogos 2008, pukul 10 pagi.

KEM BESTARI SOLAT 2008

Kem bestari solat telah diadakan pada hari jumaat dan sabtu. Kem ini bertujuan memberi pendedahan secara praktikal kepada murid-murid yang selama ini dibimbing oleh guru-guru j-Qaf.

Sila Ke BLOG BERGAMBAR SKBP untuk melihat gambar seterusnya

PERTANDINGAN KELAS BERSIH DAN CANTIK

Satu usaha bagi meningkatkan lagi sahsiah murid-murid mengenai kebersihan, pihak sekolah telah menganjurkan Pertandingan Kelas Bersih dan Menarik. Kreatiria yang diambil kira bagi penilaian markah ialah kebersihan seluruh kelas, susun atur kerusi meja, ruang dan sudut pengajaran / pembelajaran serta kebersihan tingkap.

Dalam pertandingan pusingan pertama ini, kelas yang menjadi johan jatuh kepada Kelas 5 ARIF manakala kelas yang terakhir jatuh kepada 5 DEDIKASI.

Penyampaian Piala dan Hadiah telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar SK Bereis Panchor.

KURSUS TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BERKESAN MATA PELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK UPSR 2008

Kursus tersebut telah diadakan di SK Jelawat yang mana melibatkan semua sekolah di Daerah Bachok.Kursus tersebut telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Bachok,

Untuk Melihat Gambar Seterusnya Sila Klik LIHAT GAMBAR

Hari Guru 08

SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PADA 18 MEI 2008

Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena dengan sambutan tersebut. Selepas bacaan perutusan. bacaan ikrar dan nyanyian Lagu Hari Guru,. acara diteruskan dengan permainan Dadu Beracun, Bola Tampar antara Guru. (Lelaki & Perempuan). Acara Dewan pula mengetengahkan bakat murid dalam bidang nyanyian dan dikir barat. Sebelum bersurai guru-guru dan kaki tangan dihidangkan dengan jamuan tengahari serta penyampaian cenderahati.

PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT-UNIT BERUNIFORM SKBP 2008

Perkhemahan ini diadakan selama tiga hari dua malam bermula pada 15 Mei hingga 17 Mei 2008. Perkhemahan yang di adakan disekitar kawasan sekolah telah mendapat kerjasama yang baik dari seluruh warga SKBP termasuk pekerja swasta, pegawal keselamatan, bekas pelajar SKBP dan guru guru KAFA. Majlis Penutup telah dirasmikan oleh YDP PIBG, En. Ridzuan b. Sidek

RENUNGAN

 1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun
hanyasekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah
iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu
penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi
mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan
keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia
akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam
kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan
banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada
insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari
batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti
sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan
hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di
malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung
sehingga ia mula bercakap kosong

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan
berkembang jika ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.
Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha
Berkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun
kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan
hatimu serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata
terbuka belum bererti ia melihat.

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya
layak dibuat kayu api.

25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada
melaksanakan sepotong pesanan.

26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu
kadang-kadang menumpahkan darah.

27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua
akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis
kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi .

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang
setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong
impian. Sahabat berhati mulia membawa kita
ke jalan Allah.

31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca
kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana
berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah
ibu dari segala ketenangan jiwa.

32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang
mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang
bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita
walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan
dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

37) "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

39) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh
menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

40) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

41) Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan Kepada manusia - Kebebasan

42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

44) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan
orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"

47) "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg
diwarisi dari nenek moyang"

48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman.."

49) "Lidahmu adalah bentengmu, jika e***** menjaganya maka ia akan
menjagamu, dan jika e***** membiarkannya maka ia tidak akan
mempedulikanmu"

50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya
sendiri"

51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan
orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya
kita akan terkejut dengan hasilnya."

53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada."

54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa
yang kita berikan padanya."

55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan e***** akan menjadi terhebat.
Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan e***** akan mencapai yang tertinggi."

56) "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

57) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.
Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."

58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut
kesempatan yang menjelma."

59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang
dari semangat yang tidak pernah mengalah."

60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak
melakukan perkara yang betul."

61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan

INFO ICT

Lima  Cara Lajukan Window XP anda  : SILA RUJUK NOTA DALAM INFO ICT DI SEBELAH KIRI

Kenapa perlu kemaskini (UPDATE) antivirus?

Setiap hari, satu jenis virus akan dihasilkan. Bagi melindungi komputer anda daripadanya, antivirus haruslah terlebih dahulu mengenali virus tersebut. Sebab itulah antivirus perlu update selalu, agar ia mengenali virus-virus terbaru

*bahan dibawah  ini di petik dari laman sembangkomputer

Antivirus dan Sekuriti

Desktop

  • Launchy - [Download] [Reviu] – Buka apa-apa program dengan pantas
  • Rainlendar [Download] [Reviu] – Kalendar untuk desktop anda

Internet

  • Firefox [Download] - Pelayar web yang boleh diubahsuai dengan pelbagai extension
  • Opera [Download] - Pelayar web terpantas, serta padat dengan pelbagai fungsi
  • Free Download Manager [Download] - Download dokumen, mp3, dan video dari laman web dengan pantas
  • FeedDemon [Download] - Pembaca RSS terbaik
  • FileZilla [Download] - Klien FTP terbaik

Grafik

  • Gimp [Download] – Alternatif percuma kepada Adobe Photoshop
  • Picasa [Download] [Reviu] – Uruskan foto-foto anda dengan lebih mudah dan menarik

Multimedia

Office

  • OpenOffice [Download] – Alternatif percuma kepada Microsoft Office
  • Notepad++ [Download] – Text editor yang sangat berkuasa untuk para programmer
  • Windows Live Writer [Download] [Reviu] – Perisian untuk menulis blog yang terbaik
  • Foxit PDF Reader [Download] [Reviu] – Membaca dan membuka fail PDF dengan pantas

Utiliti

  • CCleaner - [Download] [Reviu] – Bersihkan PC anda
  • DriverMax - [Download] [Reviu] – Backup kesemua driver anda supaya anda tak perlu install satu-persatu lagi
  • ImgBurn [Download] [Reviu] – Burn CD, buat fail imej dari CD
  • Revo Uninstaller [Download] [Reviu] – Uninstall program dengan sepenuhnya
  • 7zip [Download] – Membuka serta membuat fail Zip

Petikan Siaran Langsung EDU Web TV

Siaran EDU Web TV

Bahagian 1

Bahagian 2

Bahagian 3

APLIKASI KPM

  • Portal ePS - Maklumat Kejohanan MSSM 2008 Tapak web luaran dibuka dalam tetingkap baru 
  • Keputusan Kursus PTK Kohot (DG44 PT), Kohot 10 (DG52 PT/PP) Tapak web luaran dibuka dalam tetingkap baru 
  • Permohonan Kemasukan Ke Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Tapak web luaran dibuka dalam tetingkap baru 
  • Semakan Panggilan Temuduga KPLI Ambilan Januari 2009 Tapak web luaran dibuka dalam tetingkap baru 
  • Permohonan Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) Ambilan November 2008 Tapak web luaran dibuka dalam tetingkap baru 
  • Semakan Penempatan Guru Sekolah Rendah Lulusan KPLI/Institusi Pendidikan Tempatan Tapak web luaran dibuka dalam tetingkap baru 
  • Semakan Keputusan Rayuan Tawaran ke Program Kursus Perguruan Lepas SPM Ambilan Julai 2008 Tapak web luaran dibuka dalam tetingkap baru Baru
  • Sistem Aduan Disiplin (SAD) Tapak web luaran dibuka dalam tetingkap baru 
  • BLOG AKTIVITI SKBP

    LINK PILIHAN SKBP
  • RADIO DAN TELEVISYEN

    TV1 RTM

    TV2 RTM

    RADIO STREAMING

    SILA KLIK BUTANG PANAH DISUDUT KANAN UNTUK MEMILIH SIARAN. WALAU BAGAIMANA PUN SIARAN RADIO TERTAKLUK KEPADA KESEDIAAN GELOMBANG

    MAULIDUR RASUL

    Senamrobik KEM BESTARI SOLAT

  • 

        JOM BACA QURAN 

    Kekwa

    PILIHAN 2

    Eduwebtv 

    OSS 

    Anti Buli

    adu cicir

    Siskutip

    Sekolah Kluster

    Emis Portal

    PIPP 2006-2010

    plentyofishbesucherzählerwebsite counter

    Site Meter

    TERIMA KASIH, SILA BERKUNJUNG LAGI...

    Sekolah Kebangsaan Beris Panchor. 16320 Bachok, Kelantan. Tel: 09 7767461 Fax: 09 7766160.  Pihak Sekolah Kebangsaan Beris Panchor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. SebarangPertanyaan,SilaEmelkanKepada:muhdropi@streamyx.com.  Untuk Paparan Terbaik Gunakan IE 5.0 dan Ke atas pada Resolusi Skrin 1024 x 768 piksel                                                         

    © Hakcipta Terpelihara 2006 - 2008 skbp/zoom-a.  

    Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

    Pelawat: